Aku Dahulu Seorang Mekanik Kereta Yang Berjaya

on Sunday 31 March 2013


Salah satu kereta yang pernah aku baiki



Assamulaikum..


Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku semasa menjadi mekenik kereta.. Bukan mudah untuk menjadi mekenik ia memerlukan kepakaran dan pengalaman.. Seorang mekenik akan sentiase bermain dengan minyak hitam.. Jika tidak suka dengan minyak hitam baik lupakan sahaja angan-angan ingin menjadi seorang mekenik.. Seorang mekenik mesti tahu cara- cara membuka kereta dan memegang sepana dengan betul.. 


Gambar di atas ini adalah kereta kancil yang pernah aku baiki untuk menukar hed blok..Aku mengunakan pengalaman yang telah aku pelajari setelah setahun aku belajar di Giat Mara untuk membaiki kereta.. Dengan pengalaman yang aku ada, aku berjaya membaiki kereta tersebut dengan tangan aku sendiri..Semasa membaiki kereta tersebut memang banyak dugaan yang aku hadapi tetapi aku tabah dengan dugaan tersebut.. Dengan ketabahan itulah aku dapat menghasilkan sesuatu kerja yang memuaskan dan tidak sia- sia..


Ini sahaja yang aku dapat kongsikan dengan korang semua.. Jika korang semua ingin mengetahuai lebih lanjut cara- cara membaiki kereta jangan malu, jangan segan untuk bertanya
Zaman kegemilangan aku di Giat Mara Parit Sulumg Muar Johor

Segmen: 300 bloggers

on Friday 29 March 2013

Assalamualaikum..

Segmen 300 Bloggers ini adalah percubaan aku yang pertama untuk aku join dalam segmen.. Syarat segmen ini cukup simple dan terima kasih kepada blog Paly kerana telah menganjurkan segmen yang super,duper awesome ini..




Cukup mudah kan?? Jom sama-sama join..

Warna- Warni

on Thursday 28 March 2013



Salah satu tempat yang paling best aku pernah pergi.. Bagaimana dengan anda???.. Tidak mahukah anda pergi ke tempat yang best ini.. Tempat palling best seperti berada di dunia fantastik.. Rugi jika anda tidak pergi.. JOM

1 sen

on Saturday 23 March 2013

Hye.. Saya ingin berkongsi sdikit kreaviti yang menarik.. Ianye simpel sahaja mungkin anda juge boleh membuatnye.. Hanye dengan mengumpul 1 sen macam- macam kite boleh buat.. Pada zaman dahulu sangat susah untuk mencari duit 1 sen ini, tetapi pada  zaman sekarang sudah tidak pandang lagi 1 sen ini.. Apakah sebab orang zaman sekarang sudah tidak pandang lagi duit 1 sen?????..

Pengorbanan Ayah Dan IBU

on Wednesday 20 March 2013

         Aku berasal dari Negeri  Johor. Kini aku menetap di negeri orang untuk mencari rezeki iaitu Negeri Selangor. Dahulu aku hanya menolong ayah dan ibu ku berkebun dan dari berkebun lah sumber rezeki untuk keluarga aku. Kini aku merantau ke negeri orang untuk meringankan beban keluarga terutama skali kepada ayah dan ibu ku.

     Aku sangat kesian melihat ayah dan ibu ku berkebun di bawah sinaran panas terik matahari untuk mencari rezeki bagi menangung adik- beradik  ku bersekolah dan keperluan harian di dapur. Aku sangat terharu melihat ayah dan ibu  ku bekerja dari pagi hingga ke petang. Ada  kalenye ayah dan ibu ku balik berkebun hingga ke lewat maghrib. Ayah dan ibu ku ingin melihat anak- anaknye berjaya dan membantu meringankan beban mereka di mase kelak. Aku sangat sayang kan ayah dan ibu ku. Aku ingin membalas jase ayah dan ibu sebagaimana mereka menberikan kasih sayang seperi ( Air Di Cincang Takan Putus ). Kini aku bekerja di Perodua diatas bantuan kawan baik ku. Aku tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa baik kawan ku itu. Hanye tuhan sahaja yang  dapat membalas jasa baik kawan ku.


           Sayangilah Mereka Sementara Mereka Masih Ada

Aku Dahulu Vs Aku Sekarang

on Tuesday 19 March 2013

Assamulaikum...

Aku ingin sekali berkongsi kisah kehidupan aku dengan korang semua.. Aku berharap korang smua sudi mendengar kisah khidupan aku ini.. Aku baru saja memasuki dunia blog ini.. Aku harap kamu smua sudi memberi tunjuk ajar kpada aku.. Dengan tunjuk ajar yang akan korang berikan tadi, dapat kiranya aku memantapkan lagi ilmu aku di dalam dunia blogging ini..

*    *   *   *

 Zaman Kegemilangan Ku Dahulu



Dahulu aku digelar Raja Atas Tar atau Mat Rempit.. Dahulu aku kerap melakukan perkara- perkara yang dilarang sama sekali kerana aku mahu orang mlihat aku ini hebat dan berani untuk melakukan perkara- perkara yang melampaui batas sehinggakan aku tidak pernah takut kepada sesiapa.. Aku pantang dicabar oleh sesiapa, jika aku menolak cabaran tersebut aku mengangap diriku ini tidak berguna.. Sebab itulah aku  sentiasa menyahut cabaran walau pun nyawa ku dalam bahaya..

Lain kisah nya apabila malam menjelma, aku sering mengeteh di kedai kopi, bila terdengar pekikkan ekzos moto, hati aku mula panas, punggung bagaikan duduk di atas pemanggang burger, begitulah perasaan ku ketika hatiku sedang membara.. Aku tidak boleh melihat motor orang lain lebih laju daripada aku, jika moto itu lebih laju dari aku pasti aku akan mengajaknya berlumba.. Pertaruhanya adalah kalah bakar moto.. Aku tidak pernah kalah kerana aku mengunakan tektik kotor semase berlumba sebab itulah aku hebat ketika berlumba ..Dahulu aku menggunakan motor Kriss110 dan motoR itulah yang aku tungang untuk berlumba..



 Aku Yang Sekarang


Kini aku kembali dengan aku yang sekarang.. Tidak berlumba lagi dan memulakan hidup baru (Buang Yang Keruh Dan Ambilah Yang Jernih).. Untuk pengetahuan semua aku kini sudah tidak berlumba lagi dan aku sekarang sedang memikirkan masa depan ku untuk mencapai impian dan berjaya dalam hidup.. Kini aku sudah bekerja dan memiliki sebuah kereta..

"Ikutlah resmi padi semakin tunduk semakin berisi", aku memikirkan masa depan dan umur aku semakin meningkat, masih ada lagi jalan untuk kembali..

                             

 
© Jiwa Kacau [dot]com All Rights Reserved