Assamulaikum,
Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman suka dan duka aku dengan korang semua ketika sesat pulang dari klcc. Aku harap korang semua sudi mendengar cita aku ini..
Balik Dari KLCC
Ini adalah pengalaman pertama aku sesat di highway. Aku tidak menjangka akan sesat di highway kerana aku sudah biasa berjalan- jalan di highway. Mungkin kerana terlalu penat berjalan- jalan di kl menyebabkan aku sesat..
Aku sesat di highway selama 6 jam. Aku bertolak balik dari kl pada pukul 1 pagi dan aku sampai di rumah pada pukul 6 pagi. Sungguh jauh perjalanan aku sesat di highway.
Semasa aku sesat di highway selama 6 jam itu aku sudah berputus asa untuk mencari jalan pulang. Aku berazam untuk tidur di mana- mana perhentian yang berdekatan. Aku sudah tidak terdaya untuk meneruskan perjalanan kerana badan aku sangat letih dan tidak bermaya.
Oleh itu, aku mendapat satu petunjuk dan semangat untuk meneruskan perjalanan tersebut walaupun aku sesat sampai ke Bangi. Di tengah- tengah highway aku berdoa agar tuhan akan menunjukan jalan pulang ke rumah dengan selamat.
Tiba- tiba aku sampai di tol Bangi. Dengan tebal muka aku bertanya dengan akak yang berkerja di tol tersebut. Aku sangat gembira kerana akak yang berkerja di tol tersebut telah menunjukan aku arah jalan untuk pulang ke Bukit Beruntung iaitu rumah aku. Tidak membuang masa aku meneruskan perjalanan dengan hati yang gembira untuk pulang ke Bukit Beruntung.
Setelah 2 jam berjalan akhirnya aku sampai juga di Bukit Beruntung.
Oleh itu, kepada anda semua jika sesat jangan malu bertanya. Jika malu bertanya sesatlah jawabnya sampai bila- bila...
Malu Bertanya Kawan Sesat Cari Jalan Pulang
Semasa Berada Di KLCC..
Smart tak gambar aku ni???... Gambar yang aku sempat ambil ketika berada di klcc...